Pages

Thursday, April 21, 2011

Emas Dianggap Pelindung Nilai Paling Selamat

Harga emas buat pertama kali dalam sejarah melepasi paras AS$1500 (RM4,542) seauns semalam,apabila kelemahan nilai dolar Amerika Syarikat (AS)ditambah pula dengan kembimbangan terhadap kadar inflasi yang tinggi serta krisis hutang yang membelenggu negara Eropah menyebabkan pelabur beralih membeli logam yang dianggap pelindung nilai paling selamat itu.

Harga logam ini mencecah AS$1,502.32 seauns pada satu ketika dalam sesi dagangan di Pasaran Jongkong London semalam sebelum ditutup pada AS$1,499.32 seauns.

Harga logam perak juga turut mencatatkan harga tertinggi dalam tempoh 31 tahun semalam.

"Harga emas kekal tinggi, apabila tekanan inflasi jangka pendek dan ketidaktentuan ekonomi telah mencetuskan peralihan kepada pelaburan lebih selamat."kata Penganalisis Komoditi Kumpulan Kewangan Rusia,VTB Capital,Andrey Kryuchenkov.

Emas dilihat sebagai pelindung nilai paling selamat dalam situasi ekonomi yang tidak menentu. Harga emas mula melonjak untuk bergerak ke paras AS$1,500 pada Isnin lalu selepas agensi penarafan antarabangsa, Standard & Poor's menyemak semula tinjuan penarafan hutang kedaulatan AS kepada negatif daripada stabil. Penurunan penarafan itu juga mengheret turun harga saham dunia pada Isnin, di tengah-tengah meningkatnya kebimbangan terhadap China, India dan zon euro bergelut untuk membendung kenaikan harga.

Harga Emas telah meningkat 6% sejak awal tahun ini, memecah beberapa siri rekod tertingginya sepanjang tempoh itu. Harga melepasi paras AS$1,000 buat pertama kali pada Mac 2008.

"Emas akan terus menjadi tumpuan pelabur selagi kembimbangan terhadap inflasi dan hutang berterusan"

No comments:

Post a Comment

Thirty Thirty hotel in New York
Powered by Best Free Counters