Pages

Tuesday, March 1, 2011

PENGALAMAN PAJAK MEMAJAK DI AGRO BANK



                                                              
Salah satu kelebihan emas fizikal ialah ianya boleh digadaikan. Dengan kata lain emas ini boleh disandarkan sebagai cagaran untuk mendapatkan pinjaman. Pinjaman ini boleh digunakan samada untuk:

1. Membuat pelaburan jangka pendek yang lebih menguntungkan.
2. Sebab sesak nak pakai duit untuk jangkamasa pendek.


Jadi, bagi pembaca yang nak mengetahui cara-cara menggadai emas, saya akan menceritakan pengalaman saya memajak emas di Ar-Rahnu Agro Bank.

Tapi sebelum itu, mari kita lihat sistem pajak gadai yang terdapat di Malaysia.

Sistem pajak gadai di malaysia.

Untuk pengetahuan anda semua, terdapat 2 sistem pajak gadai di Malaysia iaitu:

1. Sistem pajak gadai konvensional
2. Sistem pajak gadai berkonsep Islam (Ar-Rahnu)

Sistem pajak gadai konvensional biasanya dikuasai oleh orang bukan Islam dan tertakluk kepada Akta Pajak Gadai 1972. Pajak gadai konvensional boleh mengenakan faedah/riba keatas pinjaman sehingga 2% sebulan bagi tempoh maksima pajakan 6 bulan. Maksima pinjaman pula ialah RM5000.00
Saya tiada pengalaman memajak emas di pajak gadai konvensional. Lagipun pajak gadai konvensional menggunakan sistem faedah/riba yang jelas bertentangan dengan Islam.

So saya tak recommend lah….

Sistem pajak gadai berkonsep Islam Ar-Rahnu.

Kebaikan sistem pajak gadai Islam berbanding pajak gadai konvensional ialah:

1. Tidak dikenakan faedah/riba sebaliknya menggunakan konsep upah simpan.
2. Wang lebih gadaian dipulangkan jika emas yang tidak ditebus dilelong.
3. Cas perkhidmatan yang rendah
4. Tiada unsur penipuan semasa membuat penimbangan.
5. Tempoh membayar balik yang munasabah
6. Kalau emas hendak dilelong, notis akan diberikan kepada penggadai.

Di Malaysia, diantara bank yang menawarkan perkhidmatan Ar-Rahnu ialah Bank Rakyat dan Agro Bank.
Memandangkan saya pernah memajak emas di Agro Bank, maka saya akan tumpukan kepada bank ini.

Ar-Rahnu Agro Bank:Maklumat lanjut mengenai skim Ar-Rahnu Agro Bank boleh dibaca kat sini
http://www.agrobank.com.my/article.cfm?id=711

Proses sungguh mudah. Dalam 20 minit selesai urusan mengisi borang dan menguji ketulenan emas.
 Di Agro Bank kita boleh dapat 70% dari harga pasaran skang...Tinggi kan?

Jadi saya pajakkan 2x20g =RM4642

Pengiraan:
Harga Pasaran skang RM3316/20g x70%=RM2321
RM2321x 2=RM4642

Tempoh 6 Bulan diberikan untuk kita tebus balik
Upah simpan untuk kes saya hanyala RM298.44
Ansuran Bulanan RM773.66



Kebaikan:
1. Emas yang mempunyai gambar haiwan/orang boleh diterima.
2. Nilai gadaian maksimum ialah RM50,000.
3. Boleh gadai dengan nilai 70% dari nilai emas.
4. Upah simpan emas dibayar sewaktu nak tebus emas berkenaan.
5. Proses gadaian yang mudah dan cepat.
6.Boleh membuat bayaran secara ansuran bulanan

Kelemahan:
1. Sehari Agro Bank boleh keluarkan RM10,000 sahaja. Kalau anda nak dapat 50,000
    kena berulang-alik ke Agro Bank 5 hari berturut-turut lah..
2. Semakin tinggi nilai gadaian, semakin tinggi upah simpan.

Kesimpulan:
Menyimpan emas memang menguntungkan. Ini kerana nilai emas akan meningkat dalam jangkamasa panjang. Jadi apabila nilainya meningkat, maka nilai gadaian juga akan meningkat. Justeru, jika anda memerlukan wang dengan kadar segera, emas anda boleh digadaikan dengan mudah.

1 comment:

  1. salam saya nak tanya upah simpan dalam resit tu untuk sebulan atau sepanjang 6 bulan?

    ReplyDelete

Thirty Thirty hotel in New York
Powered by Best Free Counters